PDK YAQEEN DUN Paloh telah ditubuhkan pada tahun 1999 bertempat di Balai Raya Kg Muhibbah, Paloh. Pada awalnya, PDK beroperasi setiap hari Isnin hingga Khamis dari jam 2.00 petang hingga 6.00 petang. Setiap hari Jumaat pula adalah lawatan ke rumah pelatih yang tidak mampu hadir ke PDK. Ketika itu terdapat seramai 16 orang pelatih yang terdiri daripada 10 orang lelaki dan 6 orang perempuan yang melibatkan 2 kaum iaitu Melayu dan Cina. Pekerja PDK pada masa itu hanya dua orang sahaja.
Namun pada akhir tahun 2003, PDK Paloh telah berpindah ke bangunan Rumah Orang Tua,Paloh.yang beralamat,Pemulihan Dalam Komuniti DUN Paloh, KM 0.5, Jln Yong Peng, 86600 Paloh, Kluang, Johor. Waktu operasinya juga telah ditukar mengikut kesesuaian masa ibubapa iaitu bermula pada jam 8.30 pagi hingga jam 12.30 tengahari.
Perbanyakkan gambar awek baju kurung maroon.tq.
ReplyDeletepe leh wat.. dia yang paling top
ReplyDelete