Tuesday, June 30, 2009

PROGRAM RAMAH MESRA YB DATO' HISHAMUDDIN BIN TUN HUSSIEN BERSAMA PDK YAQEEN DUN PALOH











LAPORAN LATIHAN BOWLING PELATIH DAN PETUGAS PDK DUN PALOH







PENGANJUR : PDK DUN Paloh

PENDAHULUAN
Seiring dengan kehendak Jabatan Kebajikan Masyarakat ( JKM ) Daerah Kluang yang akan mengadakan Special Olympics Daerah Kluang pada penghujung Mei ini. Oleh itu, pelatih PDK DUN Paloh turut mengambil peluang untuk menyertai pertandingan bowling. Pertandingan ini juga dibuka untuk petugas-petugas PDK seluruh Kluang. Memandangkan lokasi latihan terletak di pusat membeli belah maka beberapa aktiviti simulasi telah dilakukan agar pelatih dapat menyesuaikan diri di kemudian hari. Contohnya pelatih diajar cara menggunakan lif, eskalator, telefon awam , membeli belah dan lain-lain.

OBJEKTIF
Sebagai satu latihan untuk mempersiapkan diri menghadapi sukan.Mendedahkan pelatih tentang keadaan persekitaran. Memberi peluang kepada pelatih untuk bercampur/bersosial dengan orang ramai.

MAKLUMAT AKTIVITI

Tarikh : 15 Mei 2009 ( Jumaat )
Masa : 10.00 am
Tempat : Kluang Parade, Kluang

RUMUSAN
Latihan ini boleh dijadikan sebahagian aktiviti supaya bakat OKU dapat dicungkil dan diketengahkan. Aktiviti simulasi yang diselitkan memberi impak yang positif terhadap kehidupan sosial seseorang OKU. Ini kerana pelatih lebih terdedah kepada persekitaran dan melatih mereka berdepan dengan pelbagai suasana.

Saturday, June 27, 2009

LAPORAN AKTIVITI RIADAH ( MANDI-MANDA )BERSAMA PELATIH DI ECO RESORT GUNUNG LAMBAK, KLUANG








PENGANJUR : PDK Yaqeen DUN Paloh

PENDAHULUAN
PDK Yaqeen DUN Paloh telah berjaya melaksanakan aktiviti bulanan ini buat kali yang ke-2. Aktiviti ini mendapat kerjasama yang sangat baik dari pihak Eco-Resort Gunung Lambak.
OBJEKTIF
Membantu pelatih menjalani kehidupan yang cergas.Memberi peluang kepada pelatih bersosial.


MAKLUMAT RIADAH
Tarikh : 4 Jun 2009 (Khamis)

Masa : 9.00am – 1.00 pm

Tempat : ECO-Resort Gunung Lambak,Kluang


RUMUSAN
Aktiviti riadah ini berlangsung dengan baik sekali. diatasi. Objektif aktiviti berjaya dicapai. Diharap pada masa akan datang aktiviti akan terus diadakan.

LAPORAN AKTIVITI SAMBUTAN HARI LAHIR PELATIH, PETUGAS DAN JAWATANKUASA PDK DUN PALOH



PENGANJUR : PDK DUN Paloh

PENDAHULUAN PDK DUN Paloh telah berjaya mengadakan aktiviti ini dengan kerjasama yang baik dari semua pihak. Sambutan hari lahir ini bertujuan untuk meraikan hari lahir pelatih, petugas dan jawatankuasa bagi bulan Januari, Februari dan Mac. Aktiviti ini dirancang untuk diadakan setiap 3 bulan dan telah pun dipersetujui oleh jawatankuasa.
OBJEKTIF
Memupuk hubungan yang mesra dan merapatkan silaturrahim di kalangan pelatih, ibubapa, petugas dan jawatankuasa.Memberi peluang dan hak kepada pelatih untuk bersosial dan rasa dihargai.
MAKLUMAT AKTIVITI
Tarikh : 6 Mei 2009 ( Rabu )
Masa : 11.00 pagi
Tempat : PDK DUN Paloh