Wednesday, October 14, 2009

Majlis Sambutan Hari Raya Peringkat JPMM Dun Paloh
















Satu Majlis Sambutan Hari Raya Peringkat JPMM Dun Paloh telah diadakan pada :


Tarikh : 12/10/2009
Waktu : 8:00 malam

Tempat : Dewan Orang Ramai Paloh


Majlis telah disempurnakan oleh YB Hoo Seong Chang (Pengerusi Pelancongan Perdagangan dan Hal Ehwal Pengguna ADUN Kawasan Paloh Merangkap EXCO Kerajaan Negeri johor)
Pelatih telah menerima sumbangan duit raya dan barangan dapur.

Majlis Penyampaian Geran, Sumbangan PDK dan Mesra Aidilfitri Pejabat Kebajikan masyarakat Daerah Kluang





























Satu Majlis penyerahan Geran dan Sumbangan PDK dan mesra Aidilfitri Pejabat Kebajikan Masyarakat Daerah Kluang.




Seramai 5 orang pelatih telah mengikut majlis ini.




Majlis ini telah diadakan pada :




Tarikh : 7/9/2009


Waktu : 9:00 pagi


Tempat : Tempat letak kereta Pejabat Kebajikan Masyarakat

Majlis Berbuka Puasa dan Sambutan Hari lahir











PDK Yaqeen Paloh telah menganjurkan majlis berbuka puasa dan sambutan hari lahir (Julai - September)


Majlis telah dihadiri oleh YB Hoo Seong Chang dan isteri selaku Pengerusi PDK Yaqeen Paloh, AJK - AJK, petugas2 dan pelatih2.


Majlis telah diadakan pada :
Tarikh : 12/9/2009

Waktu : 6:30 petang

Tempat : PDK Yaqeen Paloh

Tuesday, October 13, 2009

Program Rahmat Ramadhan 1430H







Satu Program Rahmat Ramdhan 1430H telah diadakan pada :


Tarikh :6/9/2009 (Ahad)
Waktu : 6:00 petang
Tempat :Perkarangan Padang Awam Kejora,T6


Program telah dirasmikan oleh YB Dato' Hishamuddin Bin Tun Hussein ( Menteri Dalam Negeri merangkap Ketua UMNO Bahagian Sembrong.
Seramai 7 orang pelatih terlibat dalam program ini :
- Zalina - Nabila - Amirul
- Kharthi - Ahmad - Nora - Alfin
Pelatih - Pelatih telah menerima sumbangan duit raya dan barangan dapur daripada UMNO cawangan Sembrong

Pertandingan Mewarna Sempena Hari Keputeraan Sultan Johor.







Seramai 3 orang pelatih telah menyertai pertandingan mewarna sempena hari Keputeraan Sultan Johor pada :


Tarikh : 8/4/2009

Waktu :9:00 pagi
Tempat : Dewan Jubli Intan,Kluang



Pelatih yang terlibat :

- Zarina Binti Mohd Din

- Nabila Binti Atan

- Khartihesan

Majlis Penyayang Ahli Parlimen Sembrong dan Pra Pelancaran sembrong.com











Kluang Mall telah menganjurkan Majlis Penyayang Ahli Parlimen Sembrong dan Pelancaran sembrong.my yang telah dirasmikan YB Dato' Seri Hishamuddin Bin Tun Hussein.



Kluang Mall telah memberi sumbangan berupa hamper dan wang kepada PDK Sembrong.


Majlis telah berlangsung di :


Tarikh : 18/7/2009

Waktu : 8:00 malam

Tempat : Ruang legar Kluang Mall.
Program telah melibatkan seramai 15 orang pelatih dari PDK Paloh.

Program Tatarias dan Etika bersama LE'ROSE sempena sambutan hari ibu Parlimen Sembrong.







Pergerakan Wanita UMNO Sembrong telah menganjurkan program Tatarias dan Etika bersama LE'ROSE sempena sambutan hari ibu parlimen Sembrong.


Program telah dirasmikan oleh Puan Hajah Hasnah Binti Haji Salam,EXCO Pergerakan Wanita UMNO Malaysia.
Program telah diadakan pada:
Tarikh : 10/5/2009 (Ahad)
Waktu : 2:00 petang
Tempat : Dewan Kejora, Bandar T6
Seramai 3 orang pelatih terlibat dalam program ini.






Monday, August 10, 2009

FAMILY DAY @ 'MUTIARA MOTORS' TANJUNG SEDELI







PENGANJUR : PDK DUN Paloh


PENDAHULUAN PDK DUN Paloh telah berjaya mengadakan aktiviti ini dengan kerjasama yang baik dari semua pihak. Sambutan hari keluarga ini bertujuan untuk merapatkan hubungan dikalangan warga pdk yaqeen paloh. Aktiviti ini dirancang dan telah pun dipersetujui oleh jawatankuasa.


OBJEKTIF
Memupuk hubungan yang mesra dan merapatkan silaturrahim di kalangan pelatih, ibubapa, petugas dan jawatankuasa.Memberi peluang dan hak kepada pelatih untuk bersosial dan rasa dihargai.


MAKLUMAT AKTIVITI


Tarikh : 10 dan 11 Julai 2009 ( Jumaat dan Sabtu )

Tempat : Mutiara Motors, Tanjung Sedeli



Tuesday, June 30, 2009

PROGRAM RAMAH MESRA YB DATO' HISHAMUDDIN BIN TUN HUSSIEN BERSAMA PDK YAQEEN DUN PALOH











LAPORAN LATIHAN BOWLING PELATIH DAN PETUGAS PDK DUN PALOH







PENGANJUR : PDK DUN Paloh

PENDAHULUAN
Seiring dengan kehendak Jabatan Kebajikan Masyarakat ( JKM ) Daerah Kluang yang akan mengadakan Special Olympics Daerah Kluang pada penghujung Mei ini. Oleh itu, pelatih PDK DUN Paloh turut mengambil peluang untuk menyertai pertandingan bowling. Pertandingan ini juga dibuka untuk petugas-petugas PDK seluruh Kluang. Memandangkan lokasi latihan terletak di pusat membeli belah maka beberapa aktiviti simulasi telah dilakukan agar pelatih dapat menyesuaikan diri di kemudian hari. Contohnya pelatih diajar cara menggunakan lif, eskalator, telefon awam , membeli belah dan lain-lain.

OBJEKTIF
Sebagai satu latihan untuk mempersiapkan diri menghadapi sukan.Mendedahkan pelatih tentang keadaan persekitaran. Memberi peluang kepada pelatih untuk bercampur/bersosial dengan orang ramai.

MAKLUMAT AKTIVITI

Tarikh : 15 Mei 2009 ( Jumaat )
Masa : 10.00 am
Tempat : Kluang Parade, Kluang

RUMUSAN
Latihan ini boleh dijadikan sebahagian aktiviti supaya bakat OKU dapat dicungkil dan diketengahkan. Aktiviti simulasi yang diselitkan memberi impak yang positif terhadap kehidupan sosial seseorang OKU. Ini kerana pelatih lebih terdedah kepada persekitaran dan melatih mereka berdepan dengan pelbagai suasana.

Saturday, June 27, 2009

LAPORAN AKTIVITI RIADAH ( MANDI-MANDA )BERSAMA PELATIH DI ECO RESORT GUNUNG LAMBAK, KLUANG








PENGANJUR : PDK Yaqeen DUN Paloh

PENDAHULUAN
PDK Yaqeen DUN Paloh telah berjaya melaksanakan aktiviti bulanan ini buat kali yang ke-2. Aktiviti ini mendapat kerjasama yang sangat baik dari pihak Eco-Resort Gunung Lambak.
OBJEKTIF
Membantu pelatih menjalani kehidupan yang cergas.Memberi peluang kepada pelatih bersosial.


MAKLUMAT RIADAH
Tarikh : 4 Jun 2009 (Khamis)

Masa : 9.00am – 1.00 pm

Tempat : ECO-Resort Gunung Lambak,Kluang


RUMUSAN
Aktiviti riadah ini berlangsung dengan baik sekali. diatasi. Objektif aktiviti berjaya dicapai. Diharap pada masa akan datang aktiviti akan terus diadakan.

LAPORAN AKTIVITI SAMBUTAN HARI LAHIR PELATIH, PETUGAS DAN JAWATANKUASA PDK DUN PALOH



PENGANJUR : PDK DUN Paloh

PENDAHULUAN PDK DUN Paloh telah berjaya mengadakan aktiviti ini dengan kerjasama yang baik dari semua pihak. Sambutan hari lahir ini bertujuan untuk meraikan hari lahir pelatih, petugas dan jawatankuasa bagi bulan Januari, Februari dan Mac. Aktiviti ini dirancang untuk diadakan setiap 3 bulan dan telah pun dipersetujui oleh jawatankuasa.
OBJEKTIF
Memupuk hubungan yang mesra dan merapatkan silaturrahim di kalangan pelatih, ibubapa, petugas dan jawatankuasa.Memberi peluang dan hak kepada pelatih untuk bersosial dan rasa dihargai.
MAKLUMAT AKTIVITI
Tarikh : 6 Mei 2009 ( Rabu )
Masa : 11.00 pagi
Tempat : PDK DUN Paloh